Laman rumah dengan rumput tiruan (artificial grass)

Salam semuaaaa😁

Rumput nan hijau ni macam ada suatu kuasa magis tau. Tak kisah la ruang besar ke, kecik ke, bila kita lengkapkan dengan rumput confirmed akan naik seri!

Rumput menaikkan seri rumah (gambar sekadar hiasan ihsan dari Google)

Bila flashback kisah rumput ni sebenarnya kami dah bergelumang dengan dunia rumput ni sedari awal beli rumah lagi. Masa tu kami pilih untuk tanam rumput betul, Philippines grass, beli dekat area Hospital Sungai Buloh. Ya Tuhan setengah mati kami sekeluarga merumput masa tu.

Lagi satu rumput hidup ni nak kena maintain. Bukan boleh tinggal biar je. Tiap minggu nk kena mengadap cabut rumput-rumput jahat. Potong rumput tu takpa la boleh je panggil orang datang. Tapi bab mencabut rumput jahat tu sis memang give up! Banyak weihhh. Balik keje menonggeng mencabut rumput adoi penat sungguh 🥵.

Jadi kami sebulat suara nak dapatkan artificial grass je untuk landscape kali ini. Paling-paling pun just kena sapu daun-daun, tak payah dah pening dengan rumput jahat. Fuhhhh.

Vendor untuk artificial grass dipilih oleh suami sendiri. Saya memang tak buat any research sebab ingatkan nak hire the same person yang pasang pool decking. Tapi husband kata dia jumpa di Facebook vendor ni dan terus contact PIC. Mungkin dah memang rezeki tertulis begitu. Boleh search di fb rumputmaster.

Proses pemasangan rumput ni memang pantas. Sales person yang suami contact tu juga very responsive. Seronok bila experienced servis yang baik dengan company “orang kita”. Ok jom saya share serba sedikit prosesnya.

1. PIC datang site untuk ambil ukuran tanah dan juga bawa samples rumput.

Ukur bahagian yang nak dirumputkan😆

Sample rumput yang dibawa. Kiri ke kanan ; natural tapi tak ingat height berapa, natural 40mm, green 30mm

So, basically ada 2 type iaitu natural dan green. Dan setiap satunya ada pelbagai ketinggian. Ada yang 30mm, ada yang 40mm. Pendek cerita, lagi tinggi, lagi tebal cantik rumputnya dan harga pun lebih mahal. 

Perbezaan jenis green dan natural pula adalah dari segi warna. Rumput natural ada rona coklat di bawahnya, jenis green pula tiada. Jom tengok gambar.

 Ni adalah jenis natural

Dan yang ini yang dipanggil jenis green. Memang green keseluruhannya.

Top view kedua-dua jenis rumput. Nampakkan beza.


2. Kerja meratakan tanah

Lepas dah putuskan rumput mana yang dipilih, pihak rumputmaster akan datang hantar pekerja untuk mulakan proses pemasangan rumput. Sangat cepat ye, sehari dua je selepas bayaran dibuat.

Sebelum meratakan tanah, pekerja rumputmaster akan clear kan site dulu. Segala batu, benda asing, mereka akan keluarkan.

Proses pembersihan kawasan rumput.

Kemudian barulah mereka akan tambah tanah dan ratakan kawasan tersebut.

Taraaaaaaaa. Dah siap rata dengan tanah.


3. Pemasangan lining layer

Ok step ni ada rumputmaster explain pada saya waktu 1st visit. Tapi otak ku berkarats tak register pun apa yg dia explain. Dok angguk-angguk je heeeee.

Contoh lining yang dipasang. Tapi ni projek rumah lain dari fb rumputmaster.

Saya kurang pasti purpose pemasangan lining ni. Mungkin untuk mengelakkan rumput tumbuh tapi saya tak pasti tau. Kena refer pada yang pakar iaitu rumputmaster hehe.


4. Pemasangan rumput tiruan

Seterusnya adalah pemasangan rumput yang dipilih. Tapi saya takda gambar ketika pemasangan sebab bila datang balik tengok dah siap.

Siap berguling anak beranak😆

View from my room💚

Ok itulah serba sedikit kisah pemasangan rumput rumah. So lepas ni bermulalah episod ke nursery untuk subjek pepokok dan pepasu😆. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Private POOL. Yeay or Nay