Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Private POOL. Yeay or Nay

Imej
Salam semua. Kali ni saya nak share berkenaan dengan kolam-renang-kami. Permulaan proses nak pilih pool untuk pondok kecik kami anak beranak. Weeeeeee... Illustrated photo from our design-build contractor Ok sebelum tu ni nak cerita ni. Sebenarnya, bila suami kata nak buat pool, my reaction was, NO!!!!! Memang pangkah sepangkah-pangkahnya hahahha. Sebab rumah kami ni rumah teres je kot. Tanah pun tak la besar mana. Dan yang paling besar NO tu sebab siapa nak sental kolam tu yop! Haaa Lepas tu suami cerita yang dari kecik dia idamkam pool sendiri, condo tak aci katanya. Pulakkkk. Maka cair la diri ku ini yang sarat dengan sifat keibuan huhuhu. Dan suami jugak convince la dari segi maintenance tu, ada jenis pool yang low maintenance. Tak perlu nak scrub katanya. So kita support la. Paling tak pun tak kan la iolss yang nak kena scrub pool tu ye dakk??? Bukan sis yang berimpian itu dari kecil hehehehe. Maka bermulalah proses survey pool dari satu vendor ke satu vendor. Basically ada...

Laman rumah dengan rumput tiruan (artificial grass)

Imej
Salam semuaaaa😁 Rumput nan hijau ni macam ada suatu kuasa magis tau. Tak kisah la ruang besar ke, kecik ke, bila kita lengkapkan dengan rumput confirmed akan naik seri! Rumput menaikkan seri rumah (gambar sekadar hiasan ihsan dari Google) Bila flashback kisah rumput ni sebenarnya kami dah bergelumang dengan dunia rumput ni sedari awal beli rumah lagi. Masa tu kami pilih untuk tanam rumput betul, Philippines grass, beli dekat area Hospital Sungai Buloh. Ya Tuhan setengah mati kami sekeluarga merumput masa tu. Lagi satu rumput hidup ni nak kena maintain. Bukan boleh tinggal biar je. Tiap minggu nk kena mengadap cabut rumput-rumput jahat. Potong rumput tu takpa la boleh je panggil orang datang. Tapi bab mencabut rumput jahat tu sis memang give up! Banyak weihhh. Balik keje menonggeng mencabut rumput adoi penat sungguh 🥵. Jadi kami sebulat suara nak dapatkan artificial grass je untuk landscape kali ini. Paling-paling pun just kena sapu daun-daun, tak payah dah pening dengan...